$%“Niat jahat dengan memutarbelit kenyataan bertujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap saya tidak akan berjaya,” kata Timbalan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ahmad Maslan.
Ini kerana, beliau yakin kebenaran akan mengatasi kebatilan, kejujuran akan mengatasi kejahatan dan kesabaran akan mengatasi kedurjanaan.
Meluahkan perkara itu di blognya www.ahmadmaslan.my, Ahmad Maslan berkata, perbuatan memutarbelit kenyataannya juga bertujuan membunuh karektornya, menghilangkan kewibawaanya dan kepercayaan kepada pemimpin UMNO dan parti.
“Sebagai contoh, saya pernah sebut bahawa ikan segar tidak kena GST, ikan sardin ada GST dan lebih elok makan ikan segar. Mereka “spin” yang konon saya kata jadikan ikan segar kepada ikan sardin untuk elak GST. Kan lain apa yang saya sebut dan apa yang disebar.
“Selama 2 jam 45 minit saya menerangkan GST mengguna kaedah multimedia di UiTM Shah Alam dan menjawab puluhan soalan. Namun yang di “spin” ialah saya minta pelajar masak sendiri untuk elak GST.
“Anak sulung saya pernah belajar di UiTM Shah Alam dan tentu saya tahu pelajar tidak boleh masak dalam hostel. Untuk yang duduk di luar, sesekali masak sendiri apa salahnya,” katanya.
Justeru, Ketua Penerangan UMNO itu berharap agar rakyat tidak mudah percaya kepada poster, tulisan, gambar, kenyataan yang berbunyi pelik, sensasi dan meragukan yang kononnya datang daripada pimpinan UMNO.
“Semak dulu, bertanya dan jangan mudah percaya serta jangan mudah menyebarkan segala-gala yang diperolehi melalui media sosial,” nasihatnya.
sumber asal
Tulisan Terkait