#dongibap #kipidap

https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Home » All posts

Tuesday, 25 August 2015

APA NAK JADI!! Bakal Ustaz Dan Ustazah Akhirnya Tewas Dengan Pujukan Syaitan Di Hotel Bajet...

Unknown 1 comment:

$%Walaupun berpenampilan alim dengan mengenakan kopiah dan bertudung hijab, namun itu bukan jaminan buat sepasang kekasih mampu melawan hawa nafsu mereka.

Pasangan yang ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu kelihatan alim dengan lengkap berkopiah serta bertudung labuh seakan-akan orang yang warak agamanya.

Gadis berhijab tersebut baru melangkau umur 17 dan lelaki yang berkopiah berumur 20 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa JAWI di sebuah hotel di Brickfields di sini, jam 1 pagi kelmarin.

Lebih memalukan suspek lelaki dikatakan menuntut di universiti awam dalam jurusan pengajian Islam, manakala pasangannya di sebuah universiti swasta di Lembah Klang.

Ketua Penguat kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit mengetuk pintu bilik hotel dihuni pasangan itu.

Kedua-dua penuntut universiti tersebut berada didalam keadaan separuh bogel ketika pintu dibuka sebelum memakai pakaian masing-masing selepas diarahkan berbuat demikian. Gadis tersebut berada dibawah selimut dalam keadaan ketakutan ketika Penguatkuasa agama memperkenalkan diri mereka.
Selengkapnya → APA NAK JADI!! Bakal Ustaz Dan Ustazah Akhirnya Tewas Dengan Pujukan Syaitan Di Hotel Bajet...

MESTI BACA!! Kronologi Dan Kisah Sebenar Yang Ramai Tidak Tahu Isu Bayi Sindrom Down Maut Akibat Di Jerut

Unknown No comments:


$%Pada 3 Ogos 2015@Isnin, dalam pukul 4:50 petang, saya dikejutkan dengan berita kematian anak saya yang diberitahu oleh Doktor Ayu dari Klinik Dahlia yang terletak di Bandar Baru Selayang. Setibanya saya di Klinik, tiba-tiba owner Taska anak saya, Taska Kasih Fidza,

yang bernama Mohfidzawati binti Darus, telah tunduk dan bersujud di kaki saya. Selepas itu, saya terus melihat anak saya terkulai layu di atas katil dengan lebam dan bintik-bintik merah di muka dan dia tidak bernyawa. Saya sangat terkejut dan sedih teramat sangat kerana disebelah pagi tadi saya menghantar anak saya ke taska dalam keadaan sihat,happy.

Menurut Doktor Ayu terdapat kesan lebam bukan sahaja di muka tetapi terdapat juga di leher dan benjolan di kepala. Kesan lebam di leher seumpama bekas di cekik dan juga menurut Doktor Ayu apabila owner taska tiba di klinik anak saya memang sudah tidak bernyawa.

 Mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan anak saya. Paling menyakitkan hati saya setelah pengebumian arwah Doktor Ayu telah menceritakan semula kepada saya yang owner taska, Mohfidzawati bt Darus telah ‘mencampak’ jenazah anak saya setibanya di klinik, jika Doktor Ayu tidak menyambut jenazah, jenazah akan terjatuh ke lantai.

Sungguh kejam! Pemilik Taska (owner) juga telah mencuba untuk melarikan diri setelah ‘mencampakkan’ jenazah tetapi dapat ditangkap oleh staff-staff Klinik Doktor Ayu. Maknanya semasa saya tiba di klinik dia hanyalah ‘berlakon’ kononnya ‘meminta maaf’ dengan bersujud di kaki tanpa sepatah kata keluar dari mulutnya.

Disebabkan berasa ‘kesian’ kepada Mohfidzawati kerana ‘menangis-nangis’ di situ, saya tidak sampai hati hendak bertanya apa telah terjadi. Pada pemikiran saya pada masa itu, ia hanyalah suatu kemalangan yang tidak di sengajakan. Pada masa yang sama, kakak ipar saya telah pergi ke taska (kali pertama) untuk mengambil anak sulung dan ketiga, dan juga barang-barang lain.

 Di situ, dia telah bertanya kepada staff-staff taska apa yang terjadi dan mereka tidak memberi sebarang penjelasan. Kakak ipar saya juga bertanya di manakah kedudukan katil arwah semasa kejadian tetapi mereka tidak memberi apa-apa jawapan. Di situ kami sekeluarga sudah agak was-was tetapi masih meletakkan kepercayaan kepada Taska Kasih Fidza.

Pada petang yang sama, saya pula ke taska sebenarnya untuk mengambil botol susu anak tertinggal, dan saya bertanya sekali lagi apa yang berlaku, barulah salah seorang staff membuka mulut menyatakan yang anak saya ‘sesak nafas’ dan mereka telah membuat CPR dan selepas itu arwah muntah. Setelah mendengar penjelasan dari staff, saya redha dengan pemergian anak saya, pada mulanya.

Pada malam itu, pihak polis yang sudah berada di Klinik Dahlia, meminta kami membawa jenazah ke HKL untuk membuat post-mortem. Kami berkeras tidak membenarkan doktor menjalankan post-mortem. Akan tetapi, mengikut prosedur dan juga pemerhatian doktor pakar kesan lebam di leher anak saya bukanlah kematian seperti yang di nyatakan oleh pihak taska. Jika dia ‘sesak nafas’ sepatutnya tidak ada kesan lebam di leher.

Untuk pendekkan cerita, malam di HKL, penuh dengan drama yang melibatkan ahli keluarga, pihak hospital dan polis. Tapi yang peliknya owner Taska Kasih Fidza langsung tidak hadir di hospital dan tidak dapat di hubungi oleh pihak polis. Something fishy going on there…


Post-mortem telah di lakukan keesokkan harinya bersamaan 4hb (selasa). Itu hanya dilakukan setelah pihak polis pergi ke taska untuk menjalankan siasatan. Taska masih beroperasi seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Pihak polis menyoal siasat terus dengan owner taska dan staff dan juga melihat CCTV. Malangnya kedudukan katil arwah tidak berada dalam range CCTV. Menurut pihak polis, owner taska masih berdolak-dalih untuk menjawab soalan mereka. Setelah pihak polis menggertak owner taska barulah dia menceritakan yang arwah ‘TERJERUT EXTENSION WAYAR’ yang telah di lalukan di atas katil arwah.

Saya hanya mengetahui pengakuan owner taska setelah pihak polis kembali ke HKL. Saya dan keluarga sungguh terkejut dan tidak dapat menerima cara pemergian anak kesayangan saya dan juga cara pihak taska yang cuba menyembunyikan cerita sebenar. Setiap hari saya terbayang pergelutan anak saya untuk bernafas. Anak istimewa yang ditatang telah pergi di atas kecuaian orang lain. Di mana perginya staff-staff taska pada masa itu??Anak-anak kami telah ditinggalkan untuk berapa lama tanpa pantauan sehingga boleh terjadinya kematian!!!!???

Setelah post mortem dilakukan, keputusan menyatakan arwah meninggal disebabkan ‘COMPRESSION TO THE NECK BY LIGATURE’. Selepas daripada itu, dalam kesedihan kami terus bergegas untuk menyelesaikan proses pengebumian arwah. Alhamdulillah, arwah selamat dikebumikan sebelum azan maghrib pada hari yang sama.

Ye, owner taska ada telefon dan sms kami tetapi belum datang berjumpa sehingga kini. Walaubagaimanapun, jika dia datang, kami pun tidak ada hati nak berjumpa disebabkan PENIPUAN dan BERDOLAK-DALIH dan LAKONAN SEMATA-MATA. Penampilan yang alim tetapi tidak berhati perut dan berperangai munafiq. Lagi membuak kemarahan kami apabila kami mendapat tahu yang owner taska dengan sombongnya berkata ‘TASKA SAYA TAK AKAN DITUTUP, INI HANYA KES KECUAIAN!’ kepada parents yang menghantar anak2 mereka di taska.

Wahhhhhh …. Angkuhnya owner taska ini…..Allah sahaja yang mengetahuinya..


Kami berharap keadilan dapat ditegakkan dan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dan menjalankan tanggungjawab dengan telus. Semoga allah membantu kami dalam mencari keadilan untuk almarhum anak kami.

Al-Fatihah buat anakanda Farees Ikhwan Bin Fathan
Dipetik dari: https://anaksyurga.wordpress.com/
Selengkapnya → MESTI BACA!! Kronologi Dan Kisah Sebenar Yang Ramai Tidak Tahu Isu Bayi Sindrom Down Maut Akibat Di Jerut

SEDIH SANGAT!! Apabila Bekas Kekasih Datang Serbu Dan Terus Peluk Ketika Majlis Persandingan Berlangsung...

Unknown 1 comment:

$%Risna dengan tabah datang ke pernikahan bekas kekasihnya, Rais (25) dengan pasangannya. Ternyata dia tak kuasa melihat pemuda yang menjadi kekasihnya selama tujuh tahun itu bersanding dengan wanita lain di pelaminan.

Risna langsung memeluk dan menangis di dakapan Rais. Dia sudah tak memikirkan ada istri Rais di sebelahnya. Suasana yang awalnya gembira, berubah menjadi haru.

Para undangan dan keluarga Rais pun terkejut bahkan ada menangis melihat kejadian tersebut.
Keluarga Rais mengatakan, pihaknya sudah pernah melamar Risna karena mereka sudah berpacaran sejak 2005 lalu. Namun ditolak oleh keluarga Risna dengan berbagai alasan.

“Jodoh di tangan Tuhan, bukan manusia yang menentukan,” jelas keluarga Rais.
Foto Rais yang mengenakan pakaian adat bugis tengah mendekap mantannya yang menangis di depan istrinya tersebar di jejaring sosial.
Selengkapnya → SEDIH SANGAT!! Apabila Bekas Kekasih Datang Serbu Dan Terus Peluk Ketika Majlis Persandingan Berlangsung...

PANAS SANGAT!! Gambar Terlajak Berani Aksi Zarina Anjoulie Dengan Teman Lelaki Dalam Tandas Kini Tersebar Di Laman Sosial...

Unknown 4 comments:

#$Zarina Anjoulie sekali lagi mencetuskan kontroversi panas apabila berani memuat naik foto sedang berpelukan dan di cium oleh kekasihnya di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Zarina yang memakai pakaian yang agak se ksi tanpa segan silu memuat naik foto bersama jekaka bertatu tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu perkara yang sudah biasa dengan dirinya.


Walaupun menerima pelbagai kritikan dan komen daripada pengikutnya, Zarina nampak tenang dan seakan sudah lali dengan pandangan negatif masyarakat terhadap dirinya.

Kami pun tak tahu apa motif Zarina Anjoulie paparkan foto tersebut dan tidak henti mencipta kontroversi. Mungkin kah beliau rasa gembira bila orang ramai berbicara mengenai hal beliau? Sahaja ingin menarik perhatian ramai?-BeautifulNara
Selengkapnya → PANAS SANGAT!! Gambar Terlajak Berani Aksi Zarina Anjoulie Dengan Teman Lelaki Dalam Tandas Kini Tersebar Di Laman Sosial...

TUE MAKAN DIA!! (6 GAMBAR) Jurukamera Amatur Ini Tersangatlah Leka Merakam Gambar Gadis Cantik Didalam ERL KLIA Transit,Sehinggalah KANTOI...

Unknown No comments:

$#Wanita itu duduk sendirian sambil asyik bermain Blackberry di dalam kereta KLIA Express menuju Stasyen KL (Kuala Lumpur) Central, Malaysia, Kamis (2/8).


Setelah gadis tersebut menyedari perbuatan saya yang merakam fotonya secara curi-curi, tiba-tiba beliau datang ke arah saya dan terus menanyakan mengapa saya bertindak sedemikian.

Tanpa segan silunya, saya memberikan jawapan bahawa saya suka untuk merakamkan foto-foto yang indah, dan ternyata awak sangat indah di mata saya, jadi saya merakamkannya...


Setelah mendengar jawapan dari saya, wajah gadis tersebut nampak macam blurrr...





Selengkapnya → TUE MAKAN DIA!! (6 GAMBAR) Jurukamera Amatur Ini Tersangatlah Leka Merakam Gambar Gadis Cantik Didalam ERL KLIA Transit,Sehinggalah KANTOI...

Monday, 24 August 2015

BIIAR BETUL!! Hantu Lebuh raya di Malaysia yang benar-benar wujud

Unknown No comments:

$%MOHD. Fitri tidak menyedari ada imej ‘lembaga’ berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula.

KANGAR – Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.

Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.

Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.


GAMBAR ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej ‘wanita berbaju merah’ itu kelihatan.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.

Mohd. Fitri, 29, mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Shatini Shahidan, 28, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.
Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,” katanya.
Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

“Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,’’ ujarnya.
Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.

“Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya.
Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.



Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani.

Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April.

Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa mendakwa cuba mengelak ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintas lebuh raya di situ.

Sumber
Selengkapnya → BIIAR BETUL!! Hantu Lebuh raya di Malaysia yang benar-benar wujud

Kaum Hawa Terutamanya Mesti Nak Tahu Inilah 10 Punca Utama Kenapa Running Man Sangat Popular Di Negara Kita..

Unknown 1 comment:


$%Jadi mengapakah Running Man begitu popular? Running Man tidak dihiasi oleh lelaki-lelaki super kacak dan wanita-wanita super cantik yang sering menjadi resipi mana-mana program televisiyen.



1. Konsep rancangan yang unik dengan misi yang berbeza untuk setiap episod.
2. Karekter setiap watak di dalam Running Man yang berbeza dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
3. Tiada skrip di dalam Running Man menyebabkan pelbagai kemungkinan dan banyak perkara di luar jangkaan yang boleh berlaku.
4. Setiap watak di dalam Running Man tidak control macho, cover cun atau cuba berlagak menjadi orang lain. Kesemuanya menjadi diri sendiri dan natural ketika proses rakaman.
5. Tetamu-tetamu jemputan yang berbeza hampir setiap minggu menjadikan rancangan ini lebih menarik (terutamanya jika tetamu wanita hadir).
6. Suntingan yang mantap daripada pihak produksi Running Man. Krew-krew yang hebat dan banyak. Dikatakan ada lebih daripada10 kamera untuk setiap kali rakaman episod Running Man. Gila kan?
7. Setiap watak mempunyai sense of humour yang sangat tinggi.
8. Tempat-tempat yang dilawati untuk rakaman episod Running Man sangat-sangat menarik.
9. Drama, percintaan, pergaduhan dan persahabatan yang ada di dalam Running Man.
10. Lee Kwang Soo si pengkhianat.
Secara jujur, sekali anda sudah menonton Running Man, anda pasti akan ketagih. Setiap episod mempunyai kisahnya yang tersendiri dan yang pasti, akan membuatkan anda ketawa berdekah-dekah. Boleh sakit perut dibuatnya.



sumber
Selengkapnya → Kaum Hawa Terutamanya Mesti Nak Tahu Inilah 10 Punca Utama Kenapa Running Man Sangat Popular Di Negara Kita..
Subscribe to: Posts (Atom)
Powered by Blogger.
 krim herba kemboja

https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/majun-buasir-paling-mujarab-di-malaysia/

Copyright © #dongibap #kipidap All Right Reserved
Template by SEO Template