#dongibap #kipidap

https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Tuesday, 25 August 2015

Dijamin Anda Akan Menitiskan Air Mata Selepas Membacanya : Luahan Sayu Seorang Ibu Redha Pemergian Bayinya Selepas Hanya Dapat Bersama Untuk 4 Hari Sahaja...

Unknown No comments:

Bayi perempuan mereka dipercayai mengalami penyakit Cleft Palate iaitu lelangit tekak tak bercantum.

Untuk mendapatkan rawatan, bayi ini perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga 7 bulan untuk membuat pembedahan . Namun apakan daya, Allah S.W.T lebih menyayanginya, kami sendiri dapat merasai keperitan ibu ini.

Ibu manalah yang tak sedih apabila baru sahaja menyambut kelahiran anak namun hanya beberapa ketika sahaja dia menikmati kehadiran bayi tersebut. Harap si ibu ini tabah menempuhi dugaan besar ini dan moga roh adik Siti Fatimah Az Zahra sentiasa dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Pergilah nak..pergilah ke tempat yang kami semua DAMBAKAN. ….

Jika sudah masanya Siti Fatimah Az zahra tinggalkan ibu..perrgilah nak.ibu dan abah relakan..ibu halalkan susu ibu buat anak ibu.az zahra tau kami smua sayang az zahra..nanti az zahra tunggu ibu dipintu syurga.bawa kami masuk syurga bersama az zahra..bawa abang zaiem, abang zahier ,kakak sara Ye.

“jika masanya kita berpisah ibu ayah relakan az zahra pergi”

Dokan kami semua jadi orang yg soleh,solehah sntiasa mncari jalan2 ke syurga allah dlm setiap gerak nafas kami.peliharalah kami dlm jalan yg benar iman yg teguh hati yg tabah dan redha pada takdir Allah..jika masanya kita berpisah ibu ayah relakan az zahra pergi.maafkan kesalahan ibu ayah jika ada trkurang melayan az zahra dalam hari2 yg allah hadirkan az zahra dlm kandungan ibu hingga az zahra lahir.

Besar sungguh NIKMAT Allah swt

Pesanan Terakhir sebelum saya pulang ke rumah. keadaan saya terlalu letih semalaman tidak tidur..dapat membacakan yassin, berbual,bercerita, sentuh, usap , peluk , cium sehingga jam 11am tadi.

Besar sungguh NIKMAT Allah swt.
Syukur alhamdulillah.

Tunggu ibu datang Ye. Ibu perlu rehat seketika.

Sahabat semua yang baru mengenali saya terima kasih atas doa sokongan . Maaf saya tidak sempat nk reply inbox msg, whatsapp, msg dan sbgainye. Ini kerana saya benar2 ingin menikmati Nikmat Allah utk bersama disaat Siti Fatimah Az Zahra Nazak.. Namun jasa baik kalian hanya Allah swt sahaja yg mbls nya.

Saya Ibu yang kuat dan Tabah?Zek Ayry Khan
Tunggu ibu datang Ye.
Ibu perlu rehat seketika.
Al-Fatihah Siti Fatimah Az Zahra


Sumber : Facebook Zek Ayry Khan
Selengkapnya → Dijamin Anda Akan Menitiskan Air Mata Selepas Membacanya : Luahan Sayu Seorang Ibu Redha Pemergian Bayinya Selepas Hanya Dapat Bersama Untuk 4 Hari Sahaja...

TUE MAKAN DIA!! "Aku Tetap Akan Saman Doktor Yang Telah Mengaibkan Isteri Terkangkang Ketika Bersalin"

Unknown 1 comment:

Anggota keluarga atau suami kepada pesakit wanita yang dirakam gambar oleh seorang doktor ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Johor Baharu boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pengamal perubatan tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim berkata tindakan tersebut telah mengaibkan maruah wanita terbabit apabila gambar berkenaan turut menampakkan bahagian sulitnya.

Gambar itu kemudian disebarkan menerusi laman sosial sekaligus boleh memalukan dan menjejaskan imej pesakit wanita terbabit.

Selain menyalahi etika sebagai pengamal perubatan, doktor dan kakitangan pada waktu itu tidak wajar merakam gambar kerana mengundang pelbagai tanggapan negatif kepada hospital, katanya kepada media selepas mempengerusikan sesi percambahan minda Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perunding Wanita di sini pada Selasa.

Beliau mengulas tindakan seorang doktor wanita di sebuah hospital di Johor Baharu yang merakam gambar secara selfie sambil menunjukkan isyarat peace dengan pesakit itu dalam posisi bersalin.

Perbuatan itu telah mengundang kemarahan orang ramai terutamanya pengguna laman sosial yang turut mengecam aksi merakam gambar terbabit.

Pada masa sama, Rohani meminta orang ramai agar tidak menyebarkan gambar tersebut kerana ia boleh terus memalukan dan mengaibkan maruah pesakit wanita berkenaan.

Bayangkan sekiranya perkara ini berlaku pada diri sendiri, mungkin kita turut merasa malu seperti dialami wanita terbabit, katanya.

Sumber: Mstar
Selengkapnya → TUE MAKAN DIA!! "Aku Tetap Akan Saman Doktor Yang Telah Mengaibkan Isteri Terkangkang Ketika Bersalin"

MAU TAK TERKEJUT BERUK!! Inilah Jadinya Apabila Mayat Menjerit Minta Tolong Dari Dalam Kubur...

Unknown 1 comment:


keluarga di La Entrada, yang terletak di barat Honduras terpaksa memecahkan tembok konkrit yang mengandungi keranda seorang gadis selepas mereka mendakwa mendengar jeritan suara meminta tolong dari dalam kuburnya.

Anggota keluarga Neysi Perez, 16, kemudiannya mendapati cermin yang menutupi keranda itu telah pecah manakala jari-jarin gadis itu pula lebam.

Bagaimanapun pegawai perubatan yang memeriksa mayat Perez, yang sedang mengandung tiga bulan itu, tidak menemui petunjuk bahawa dia masih hidup, lalu mayat itu dikebumikan semula di dalam kubur yang sama.

Perez dikebumikan dengan pakaian pengantin iaitu baju yang dipakainya ketika berkahwin dengan Rudy Gonzales.

Remaja itu meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika bangun untuk ke tandas pada waktu malam.

Dia dipercayai pengsan akibat serangan panik setelah mendengar bunyi tembakan.

Namun apabila remaja itu mula mengeluarkan buih dari mulutnya, ibu bapanya kemudian memanggil paderi yang percaya bahawa Perez telah dirasuk syaitan.

Paderi itu cuba memulihkan Perez namun selepas gagal, barulah keluarganya menghantar gadis itu ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia selepas tiga jam kemudian.

Menurut Gonzales, ketika melawat kubur isterinya, dia mendengar bunyi hentakan dan jeritan dari dalam kubur yang dibina daripada batu konkrit tersebut.

“Apabila saya letak tangan saya di kubur itu, saya boleh mendengar bunyi bising dan kemudiannya saya dengar dia menjerit meminta tolong.

“Kejadian itu berlaku sehari selepas kami mengebumikannya,” katanya yang menaruh harapan tinggi bahawa isterinya itu masih hidup.

Dalam pada itu doktor yang mengesahkan kematian Perez iaitu Dr. Claudia Lopez berkata, seluruh keluarga tersebut dalam keadaan kelam kabut, hampir memecahkan pintu ketika mereka membawa mayat gadis berkenaan dalam kerandanya ke hospital.

“Saya menyuruh mereka mengangkat gadis itu dan meletakkannya di atas katil dan disebabkan mereka mendakwa dia masih hidup, saya telah melakukan pemeriksaan yang sepatutnya.

“Kami telah membuat penilaian dan melakukan segalanya namun gadis itu telah meninggal dunia. Mereka kemudiannya telah membawanya pulang ke kubur terbabit,” katanya. – Mynewshub
Selengkapnya → MAU TAK TERKEJUT BERUK!! Inilah Jadinya Apabila Mayat Menjerit Minta Tolong Dari Dalam Kubur...

Bersabarlah Yatt : Berita Terbaru Tentang Beliau Yang Pasti Semua Peminat Akan Terkejut

Unknown 1 comment:

Terlerai juga ikatan perkahwinan Haryati Hamzah atau Yatt dengan suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor. Sebelum ini rumah tangga mereka pernah dikatakan berantakan tetapi berjaya diselamatkan.

 Namun jodoh itu tak berjaya dipanjangkan lagi. Perkahwinan pasangan itu sejak 29 Mac 2009 retak akhirnya semalam (25 Ogos). Mereka bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah KL secara tertutup sekitar jam 4.23 petang. Hal itu disahkan sendiri Abdul Mutalib menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantarnya kepada BH Online.

 Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa.

 Sekian, terima kasih," katanya. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib berusia lima tahun.
Selengkapnya → Bersabarlah Yatt : Berita Terbaru Tentang Beliau Yang Pasti Semua Peminat Akan Terkejut

Luahan Sedih Cikgu Taska - “Kalau RM280 Tu Besar Sangat, Jaga Sendirilah Anak”

Unknown No comments:

kali ini, guru taska Ruhana Salleh mendedahkan sikap ibu bapa yang sebenarnya ‘kurang faham’ tentang konsep rumah pengasuh.






sumber asal
Selengkapnya → Luahan Sedih Cikgu Taska - “Kalau RM280 Tu Besar Sangat, Jaga Sendirilah Anak”

Akhirnya Bapa Idaman Semalaya Tunjukkan Bakat Terpendam,Luahkan Puisi Khas Buat Permata Terbaru HAYLA MAGHFIRAHTUL ADZKIYAA Yang Pasti Menyentuh Perasaan Semua...

Unknown No comments:


Tahniah diucapkan kepada pasangan sama cantik sama padan,Aeril Zafril Dan Wawa Zainal yang baru saja menimang cahaya mata kedua beberapa hari yang lalu.Gambar baby comel telah dikongsikan sendiri oleh beliau di laman instagram rasmi beliau.

Siapa sangka,disebalik wajah yang macho dan kacak tersimpan satu bakat yang jarang didapati dikalangan lelaki muda masa kini.Terbaharu beliau dikatakan memuat naik satu puisi penuh syahdu penuh maknanya didekasikan khas buat putera dan puteri mereka.

Apapun pun admin doakan agar kedua-dua anak pasangan selebriti popular ini akan menjadi insan yang berguna pada agama,bangsa dan negara apabila dewasa kelak.insha allah :)


Selengkapnya → Akhirnya Bapa Idaman Semalaya Tunjukkan Bakat Terpendam,Luahkan Puisi Khas Buat Permata Terbaru HAYLA MAGHFIRAHTUL ADZKIYAA Yang Pasti Menyentuh Perasaan Semua...

DUNIA AKHIR ZAMAN!! Bermula Di FB Berakhir Di ....

Unknown No comments:

%^Seorang wanita baru mengenali teman lelakinya melalui laman sosial Facebook (FB) dicekup dalam serbuan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di sebuah hotel bajet, dekat sini.

Wanita berusia 26 tahun terbabit mendakwa berasal dari Sabah datang ke Semenanjung Malaysia semata-mata untuk mencari pekerjaan atas bantuan teman lelakinya.

Difahamkan, dia sanggup menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum dibawa teman lelakinya ke negeri ini untuk mendapatkan kerja.


Selengkapnya → DUNIA AKHIR ZAMAN!! Bermula Di FB Berakhir Di ....
Subscribe to: Posts (Atom)
Powered by Blogger.
 krim herba kemboja

https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/majun-buasir-paling-mujarab-di-malaysia/

Copyright © #dongibap #kipidap All Right Reserved
Template by SEO Template