%^Seorang remaja lelaki terperanjat apabila menemui berpuluh-puluh senjata
api ketika mencari besi buruk di sebatang sungai di sini baru-baru ini.
Remaja berkenaan, James Cork, 16, menemui hampir 40 senjata berbahaya
yang telah berkarat termasuk mesingan Browning .50 yang digunakan ketika
Perang Dunia Kedua dan dikatakan mampu menembak jatuh sebuah
helikopter. Selain itu, dia turut menemui mesingan Nazi MG 42 yang
didakwa pernah digunakan oleh tentera Nazi, raifal M-16 serta pistol
Smith & Wesson .38....
“Saya sangat terkejut kerana tidak pernah menemui sesuatu seperti ini.
Pada mulanya, seorang nelayan agak marah melihat saya mencari besi
terpakai menggunakan magnet di situ. Namun, selepas melihat saya menarik
keluar senjata tersebut, dia turut datang membantu,” kata Cork. Ibunya,
Katherine, 37, bagaimanapun bertindak menghubungi pihak polis selepas
menyedari anaknya bermain-main dengan senjata api yang dibawa pulang....
“Kemungkinan juga senjata-senjata itu milik pengganas yang bertujuan
untuk melakukan serangan jarak dekat,” kata Andy McNab yang pernah
berkhidmat dalam Perkhidmatan Udara Khas (SAS) di Ireland Utara pada
tahun 1979. Sementara itu, beberapa pakar turut mendakwa senjata
tersebut adalah milik Tentera Republik Ireland (IRA) yang digunakan
semasa konflik dan mungkin dibuang ketika republik itu mengisytiharkan
gencatan senjata pada 2001....
SUMBER : AGENSI
Tulisan Terkait