Pastinya
anda terutamanya kaum adam yang pernah mendengar tentang ELRAH Ekslusif
dan pengasasnya yang cukup aktif dalam mempromosikan pakaian jubah
lelaki dan menjadikan fesyen ini satu trend di Malaysia.Rata-rata idea
yang super AWESOME yang diperkenalkan oleh beliau sangat berjaya dan
menjadi fenomen di Malaysia ketika ini.Buktinya pada jualan sempena hari
raya tempoh hari,gudang beliau terpaksa menutup operasi beberapa hari
disebabkan oleh permintaan super melampau oleh peminat yang ingin
menggayakan koleksi ekslusif dari beliau pada hari lebaran yang lalu.
Bukan
itu yang admin ingin tekankan disini,mungkin sudah rezeki beliau yang
bijak mempromosikan jualan beliau.Tetapi hari ini kecoh di laman sosial
Instagram apabila seorang pemilik instagram yang sudah biasa popular
dengan kisah-kisah panas dan pembongkaran beliau mengenai artis dan
public figure iaitu miss kepoh.Dikatakan pengasas Elrah ini kantoi
menge'LIKE' beberapa keping gambar yang tidak senonoh yang semestinya
boleh menjejaskan imej beliau sebagai seorang usahawan jubah lelaki.
Menurut
info yang diterima admin,terdapat lebih 500 komen di laman ig tersebut
dan rata-rata memberikan komen negatif berkenaan insiden
berikut.Mungkinkah instagram milik beliau telah diceroboh oleh seseorang
yang tidak bertanggungjawab yang mungkin juga ingin menjatuhkan bisnes
beliau?sama-sama kita nantikan jawapan dan penjelasan dari beliau.
Jika
perkara ini berlaku pada orang kebanyakan ianya adalah perkara biasa
dan tidak menjadi satu gosip tetapi apabila melibatkan seorang yang
public figure lebih-lebih lagi beliau yang terkenal dengan seseorang
yang mempunyai rekod yang baik di khalayak ramai dengan penampilan yang
agak warak pastinya ianya menimpulkan seribu satu persoalan.
Apapun,sama-sama
kita nantikan penjelasan dari beliau.Kita sebagai peminat dan orang
ramai diharapkan agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang
boleh mengeruhkan lagi keadaan.
kredit tanpa prejudis kepada gambar-gambar dari laman instagram
miss_kepoh
Tulisan Terkait