Merasa berang dengan kenyataan Nad menerusi satu progran hiburan dan gosip sensasi di Malaysia (Melodi) , Along telah memuat naik sebuah video dimana pelakon tersebut duduk dalam keadaan tidak sopan dan asyik bermain telefon sehingga tidak menghiraukan peminatnya serta anak-anak yatim yang cukup teruja berjumpa dengan beliau dalam satu majlis yang diadakan sekitar bulan Ramadhan lepas.
Sehubungan dengan perkara tersebut, Nad telah tampil memberi penjelasan dan memberitahu kenyataan yang dibuat oleh Alog adalah kerana salah faham semata-mata dan meminta agar tiada pihak mudah melenting kerana beliau tidak menyebut sebarang nama sewaktu mengulas mengenai perkara berkenaan di Melodi.
Berikut adalah penjelasan penuh Nad:-
Kalau boleh saya enggan mengulas lanjut berhubung hal ini kerana ia adalah salah faham semata-mata dan ada pihak yang cepat melenting .
Saya tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa kerana bukan saya yang mencari wartawan sebaliknya mereka yang mengajukan soalan berhubung isu itu. Saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka ia menjadi isu berbangkit.
Saya tidak akan melatah dan membalas kenyataan yang dibuat oleh dia (bekas pengurus). Banyak yang perlu saya uruskan dan saya tiada masa untuk memanjangkan isu ini.
Tidak dapat dinafikan dalam video tersebut jelas Nad Zainal langsung tidak menghargai anak-anak yatim yang bersungguh-sungguh serta teruja sewaktu membuat persembahan di hadapan beliau. Isu ini sudah menjadi hangat dan kami rasa ramai yang menginginkan penjelasan sebenar daripada Nad mengenainya dan bukan bersikap untuk lari daripada masalah.
Kalau tiada angin kenapa pokok boleh bergoyang? Buktikan anda berada di pihak yang benar dan ia sekadar salah faham sahaja.
sumber asal
Tulisan Terkait