$%Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu dia seorang lelaki bertuah kerana dapat memperisterikan Intan.
“Saya bersyukur kerana Intan ditakdirkan menjadi milik saya dan merasakan sayalah lelaki paling bertuah dalam dunia ini.
“Intan seorang yang penyabar dan sangat memahami diri saya. Tidak pernah sekalipun dia merungut sekiranya saya terlalu sibuk dengan kerja sehingga ‘lupa’ pada dia,” katanya.
Apabila ditanya tentang perancangan bulan madu Amir berkata, dia dan Intan tidak merancang untuk berbulan madu di luar negara kerana jadual kerja masing-masing.
“Saya dan isteri bulan madu dalam negara sahaja. Esok kami akan ke Bukit Tinggi, Pahang dan seterusnya ke Gold Coast, Sepang.
“Tidak mengapalah berbulan madu dalam negara pun, asalkan kami dapat meluangkan masa bersama dengan sebaik-baiknya,” ujarnya yang tidak menolak sekiranya dikurniakan anak dalam masa terdekat.
Sementara itu Intan mendedahkan kepada Astro Gempak, sifat romantik Amir menyebabkan dia terpikat dengan lelaki itu.
“Mungkin ramai orang bila melihat Amir mereka tak percaya yang dia ni sebenarnya romantik. Dia lelaki yang lucu dan comel.
“Pernah sekali saya merajuk, Amir datang dengan sejambak bunga ros. Itu kali pertama saya menerima bunga daripada seorang lelaki dan ia meninggalkan kesan dihati saya.
“Ada beberapa kali juga Amir melakukan perkara di luar duga saya yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila,” katanya malu-malu.
Amir dan Intan telah diijabkabulkan pada Sabtu lalu di kediaman Nur Intan di Kampung Gajah, Sungai Buloh.
Amir atau nama sebenanrnya, Mohammad Amirullah Azmi, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 manakala RM13,000 sebagai wang hantaran.
Akad nikah itu disempurnakan oleh Jurunikah Masjid Kampung Gajah Sungai Buloh, Mahmud Ahmad dan berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Shaari Sabri.
Majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan telahpun diadakan pada Ahad dan sebelah lelaki akan diadakan di Kubang Kerian, Kelantan pada 2 April depan.
Amir dan Intan telah mengikat tali pertunangan pada 13 Jun lalu.
sumber asal
Tulisan Terkait