$%Orang Melayu akan bangsat sekiranya UMNO yang meneraju politik negara ini kehilangan kuasa.
Peringatan itu diberikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020 di Kangar.
Katanya, anggota UMNO wajib mempertahankan parti yang menunjang kepimpinan negara itu.
“Saya pernah kata bahawa seandainya UMNO hilang kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam?
“Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa, ada orang kata, orang Melayu akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu akan tertiarap,” katanya yang dipetik daripada Bernama.
sumber asal
Tulisan Terkait